Monday, May 13, 2013

Semuanya Kerana Cinta

Kau... Tabah...
Menerima aku seadanya walaupun kau tahu akan hakikatnya..
Kau... Kuat...
Menerima ujian itu walaupun kau masih merasa sakitnya sampai detik ini..
Kau... Memahami..
Walaupun agak sangsi kau masih bertanya kepada anakmu yang masih berusia beberapa hari..
Kau.. Masih redha....
Menerima ketentuanNya walaupun hatimu perit...
Kau... Setia menanti...
Menunggu hampir 8jam di ruang bedah hanya untuk bayimu...
Kau... Masih tetap berdiri walaupun lemah didalam...
Melihat sekujur tubuh kecil yang sudah separuh ditutup kain putih..
Kau... Sanggup...
Meminta kepada Ilahi agar nyawa mu ditukar denganku..
Kau... Menangis dalam suka bercampur duka...
Melihat aku kembali kuat dan bernyawa..
Kau... Setia di situ..
Menemani bayimu hampir setiap hari walaupun dia didalam incubator...
Kau... Kekal di situ...
Menjadi ibu,menjadi doktor,menjadi guru,menjadi jururawat untuknya
Walaupun terkadang dia mengeluh dengan nasibnya
Kau kekal di situ memberinya semangat 
Menjadi role model kepadanya
Menjadi segalanya yang dia inginkan
Sehingga kini walaupun dia sudah meningkat remaja...


Kau... Masih di situ,masih kuat...

Menghadapi setiap cacat celanya
Menasihati walaupun kadang kala sifat degilnya menguasai dirinya
Mengikuti karenahnya walaupun kau sakit melihat perangainya
Kau.... Masih setia..
Walaupun kau sering mengeluh dan terasa hati 
Walaupun kau garang dan sangat strict 
Kau tetap di situ 
Menemani aku dan yang lain
Memapah kami yang masih lagi kecil di dalam rohani
Menuju ke sesuatu yang lebih bermakna...
Kau tetap di situ...
Masih di situ dan masih di sisi aku dan mereka
Tak pernah terdetik untuk kau lari dari kami
Walaupun kami terlalu banyak dosa kepadamu
Maafkan aku 
Maafkan mereka
Meskipun aku tahu permohonan maaf belum tentu boleh menyembuh lukamu
Aku dan mereka tetap sayang kepadamu
Bagi kami kau satu dalam seribu
Kau segalanya
Kau lah nyawa kami
Cinta hati dan
Kau lah cinta yang takkan terganti
Terima kasih MAMA
Lebih 40 tahun mengabadikan hidupmu di dalam nadi kami
Kau segalanya buat kami..
ILOVEYOU MAMA 
WE LOVE YOU ....
HAZLINDA KHOO BINTI ABDULLAH...
TERIMA KASIH CINTA HATI 
TERIMA KASIH RATU HATI KU
TERIMA KASIH KERANA SEMUANYA KAU LAKUKAN DEMI CINTA KAU KEPADA KAMI