Thursday, August 28, 2014

sekian lama

assalammualaikum

Setelah sekian lama blog yang usang nie xde entry, hati aku seakan terpanggil untuk menyambung lagi tulisan aku. banyak yang berlaku dalam hidup aku. setahun menjadi pelajar diploma aku seakan belajar banyak perkara. tapi aku masih lagi manusia yg xsempurna dan jahil. perih hati bila ingat semuanya. aku hampir lupa yang aku punyai blog ini. blog yang pernah menjadi peneman hidup. malam nie hati aku terdetik untuk menulis. tolak tepi quiz dan assignment yang harus aku lakukan. mungkin dengan cara ini aku boleh mengembalikan mood untuk belajar pula. siapa tahu kan!

setahun duduk di university, pelbagai perkara telah aku lalui. manis masam pahit, seribu satu rasa telah aku hadapi. tapi bila datang soal kesabaran, aku jenis cepat "melatah"  tak dapat aku nak bendung kelemahan diri. terlalu banyak kelemahan telah aku buktikan kepada manusia sekeliling sehinggakan aku menjadi seorang yang tidak boleh kalau x ada teman di sisi. berjumpa dengan pelbagai mcm manusia dari perbezaan umur. terlalu banyak benda jugak yang terkadang zahir menerima tapi batin aku masih geram dan penuh rasa amarah. persoalan kenapa, mengapa, macam mana sering kali bermain di fikiran dan di hati. air mata seakan tiada harga lagi bila jatuh untuk sesuatu yang x worth it to cry for. tapi insyaAllah untuk masa depan aku akan lebih cekal menghadapi masalah.

seperti kata orang, aku nie manja. nak buat macam mana dah itu diri aku. bukan sering kali dimanja kan oleh keluarga tapi itu lah sifat aku. mungkin segelintir manusia mengenal aku dengan sifat itu. tapi seringkali sifat itu sering menjadi masalah kepada manusia yang kononnya "garam" dah lebih dan xrasa dah. dari segi fizikal dan mental mungkin memang orang boleh kata aku jenis xmatang. tapi pernah ke bila aku menunjukkan sikap matang orang memandang atau perasan? jahat aku orang nampak, orangkata. bila dipersoalkan kenapa x cakap secara langsung, mula lah kata "orang sayang sbb tu tegur". aku mula lagi menerima perubahan demi perubahan dan sebaik mungkin cuba untuk menjadi manusia yang berguna. end up aku sakit sendiri.

kelemahan aku mungkin dah trlalu banyak orang nampak, tapi kelebihan? pernah orang pertikaikan? x pernah atau jarang? Wallahualam. tiap kali ada benda jadi, aku dijadikan topik utk dibual selain dari topik bual aku dijadikan topik utk dimengata dan dibahan. bukan aku jenis cepat sentap tapi aku kesal mentality sesetengah orang melayu yang cara bahann x reti membezakan mana benda yang patut mana benda yang tak patut. 'Manusia,, bila dia penat dia diam lah'. Andai betul lah kata2 ini aku harap habis di situ. 

kadang2 aku terfikir, menjadi baik salah, menjadi jahat salah. menjadi peramah salah, menjadi pendiam lagi lah salah. bukan aku tak tahu membezakan tapi aku bukan perempuan di bawah lindungan Kaabah.aku juga masih terus menerus melakukan kesilapan tapi kalau berharap kesilapan itu bukan kesilapan sama, percayalah aku dah cuba elak dari trus menerus melakukan kesilapan yang sama. kesilapannya sama tapi corak nya berlainan. 

terlalu banyak sudah aku berbicara, mungkin dah bosan rasanya membaca. habistu xde cerita lain tentang diri aku je memanjang. hrap xde lah pembaca, hanya biar ia terbit menjadi satu coretan hati. sekian saja.. semoga permulaan ini tak akan menjadi pengakhiran lagi. 

lots of love
min