tiada yang lebih bermakna jika aku masih ada peluang
yang lepas tetap yang lepas
aku ambil sebagai satu pengajaran
maaf andai puisi ini membuatkan kau rasa tidak nyaman
teringat saat pertama kita bertemu
bertentang mata dan membalas senyuman
ingat lagi waktu itu
aku keluar tanpa memerhati sekeliling
itu kerana aku inginkan program berjaya
hanya seketika menunjuk muka
kita bersama membuat amal
setelah aku habis peperiksaan SPM
aku bahagia waktu itu
rasa puas dalam hati yang selama ini aku inginkan
bersama mereka kita gelak ketawa
terkadang aku terdiam
dek kerana memikirkan betapa untungnya aku ada kedua ibubapaku
sedangkan mereka?
Subhanallah...
mereka masih kecil...
Program itu berjaya walaupun kau tak lama
tetapi cukup membuat aku tertawa
saat aku menyapa kau salah sangka
meminta kau mengambil segelas air dari bakul itu
eh ternyata kau pula fikir aku ingin kau menolongku
ketawa sendirian apabila teringat masa itu
masa kau mengaku pada aku
Masih segar saat aku meminta alamatmu serta nombor telefon
niatku untuk menghantar lucky draw sahaja
eh tak disangka-sangka sehinggakan bbpin pun kau beri
ketawa kecil aku dibuatnya
tapi aku add juga..
hubungan kita bermula dan masuk dalam friendzone
aku tahu saatnya masih awal
aku masih mentah
kita juga baru kenal
tapi aku berpegang pada satu
bila hati dah suka
bila kita dah mengenali
bila chemistry sudah terbukti
apa lagi yang ingin dicari
Perlahan-lahan kita mengenali each other
aku lebih suka memanggil kau dengan panggilan Abang
dek kerana usia kau yang tua dari aku
mungkin kerana aku terbiasa memanggil org yang sedikit lebih tua dariku
dengan panggilan itu..
Kita teruskan lagi hubungan ini sebagai seorang pendengar setia
ulahku selalu membuatkan kau panik
kali pertama kau kata kau menangis kerana perempuan (seingat ku lah!)
aku masih ketawa menutup rasa perit yang aku rasa
dan kau masih setia menjadi pendengar setia
menjadi seorang abang yang sentiasa berada di sisi
Alhamdulillah,sedikit demi sedikit aku merasa ada teman pendengar setia.
terima kasih.
Masih segar lagi,
kau menemani aku walaupun lewat bbm
saat aku gementar ingin ditemuduga
kau setia memberi aku semangat
walaupun waktu itu kau harus menunaikan kewajipanmu pada hari jumaat
aku bahagia bercampur pelik
peliknya kerana hati aku rasa lain
tapi aku tepis
dan lupakan segalanya
Akhirnya,kita berjanji untuk berjumpa
setelah sebulan semuanya berlalu
masih segar lagi
pertemuan itu sangat lucu
aku gementar bercampur bahagia
untung ada dia , sahabatku
jadi kita tak terasa janggal
walaupun penat berjalan kau tetap di situ
tersenyum indah
merasa bahagia
Subhanallah sesungguhnya bahagia itu sederhana
Masih aku ingat kata-katamu
Ajakan kau ketika aku sudah membeli makanan untuk santapan petang
kau seperti anak kecil yang ingin aku teman membeli makananmu
masih aku ingat bebelan kau
seperti makcik makcik yang membebel pada anaknya
geramnya waktu itu aku hanya dapat membuat muka selain berdiam diri
terkadang aku melawan
dan kau membalas dengan ketawa
indahkan saat itu?
waktu balik terasa sedikit sedih bercampur payah
sedih kerana tidak tahu kapan berjumpa lagi
payah kerana hatiku bertaut
aku akui masih awal tapi aku tidak takut pada kenyataan
Malam itu adalah sejarah untuk aku
walaupun sejujurnya aku bahagia dengan segalanya
semua makin berubah sedetik demi sedetik
hari berganti hari
saat seakan tidak dapat dihentikan
aku ingin jujur tapi aku padamkan niat untuk kenyataan yang aku harus terima
akhirnya aku menyakiti dan aku yang tersakiti
Hari itu kau lepaskan aku
sedangkan aku dilema di dalam satu kedudukan
aku terdiam dan masih terus melakukan kesalahan
Andai aku boleh putarkan waktu
mungkin betul katamu
aku tak berfikir panjang
aku juga belum cukup matang untuk menangani hal itu
Sayang seribu kali sayang
sakit bercampur dendam
dendam bercampur sedih
segalanya jadi 1001 macam perasaan
akhirnya aku ambil jalan pintas
dek kerana tiada lagi peluang di hati mu
aku ego atau kau ego
tapi aku tahu semuanya ada hikmah
aku tahu semuanya akan ada balasan yang lebih lumayan
mungkin kita tiada jodoh
Dear Kamu
Andai aku bisa putarkan masa
Mengembalikan masa lalu
InsyaAllah akan aku lakukan
Tapi aku dan kau redha
Kita ditakdirkan untuk tidak bersama
Segala Qada' dan Qadar kita terima
Kerana itu yang terbaik
Aku akui aku rindu
Tapi aku juga akui aku sudah move on
Seperti kamu
Hari ini ulangtahunmu ke 22
Selamat UlangTahun
Aku ingin mengucapkan terima kasih
Kerana pernah singgah di hati dan hidupku
Memberi aku tunjuk ajar dan pengajaran
InsyaAllah
Tidak akan pernah aku lupa
Kisah kita berdua
Kerana ia adalah dalam permulaan 2013
Dan ia adalah sesuatu yang masih berbekas di diary hidupku
Selamat Hari Jadi
Moga kau sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera
Dan moga Allah SWT sentiasa melindungi kamu
Terima Kasih
ENCIK HAMSTER