Monday, May 13, 2013

3.

Mungkin rasa ini cuma sementara
Mungkin esok ia akan hilang
Mungkin memang takdir ku begini
Tapi aku tahu aku tidak boleh lemah

Aku bangkit lagi
Cuba dan masih mencuba
Untuk melupakan dirimu yang terlalu kejam
Kejam terhadap perasaan
Mungkin benar kata Mama:
"Tak usah memikirkan orang yang tiada hati dan perasaan"
Dan aku akan mengikuti kata-kata Mama

Hari ini
Dia datang lagi
Dia yang dulu aku sakiti
Dia yang tersentuh kerana puisi
Dia yang menyambut hari jadi!

Luluh sebentar hati ini
Gembiranya tak terkata
Sekian lama tidak mendengar suara
Hari ini aku diberi peluang untuk mendengar lagi
Subhanallah..
Sungguh aku rindu akan suara itu
Suara yang dulunya susah untuk ku dengar
Tapi..
Aku tidak boleh lemah di sini
Aku harus melihat ke hadapan
Memang bahagia itu sederhana
Jadi cukuplah apa aku rasakan hari ini.

Aku terkejut
Terkejut kerana itu
Kerana tidak menyangka 
Masih ingin lagi berjumpa dengan aku
Orang yang menyakiti hatinya
Jangan salah sangka
Aku dan dia masih berkawan
Cukup sekadar kekal di dalam FRIENDZONE
Aku masih ada lagi perjalanan yang ingin diteruskan
Tambahan pula dirinya telah dimiliki
Tapi untuk saat ini biarlah pelawaan itu menjadi seri untuk hari ini

Terkadang kita tidak pernah terfikir akan menjadi akrab
Terkadang kita alpa dan lalai dengan kewujudan seseorang di sisi
Terkadang kita tidak pernah memberi perhatian dengan apa yang diberi
Di sini aku belajar lagi
Belajar untuk tidak alpa dan lalai
Belajar untuk berfikir lebih jauh dari posisi yang aku selalu fikir
Dan
Belajar untuk memberi perhatian dengan apa yang diberi

Mungkin karma telah menjenguk kita
Tanpa kita sedar kita akan hilang juga orang yang kita cintai
Betul kata Mama:
"Jika ingin mencari teman
Carilah teman yang menyayangi kita
Bukan kita yang menyayangi teman"
Bak kata pepatah:
"Yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran"

Walaubagaimanapun 
Hidup ini harus diteruskan
Dan dalam perjalanan ke satu tangga kejayaan
Pelbagai ragam manusia akan kita hadapi
Yang harus kita lakukan ialah
Sabah,tabah,kuat,cekal,redha dan ikhlas.
Manusia dilahirkan ke bumi untuk merasa kesenangan dan kesusahan
Bezanya ialah adakah kita belajar dari kesilapan ataupun kita terus melakukan kesilapan yang sama..

Puisi ini adalah puisi yang banyak mana
Mungkin semua orang agak bingung membacanya
Bacalah dengan hati
InsyaAllah akan memahaminya

"Belajarlah dari kesilapan dan kejatuhan,sesungguhnya ia akan membuat kita lebih kuat dan tabah untuk menghadapi masa depan"