Tuesday, May 7, 2013

2.

Mungkin betul kata orang
Rindu itu sangat menyakitkan
Dikala lagi sendiri
Kita terbayangkan dia
Mengharapkan rutin harian lama terulang kembali
Tatkala siang 
Diri utuh seperti batu ditepi lautan
Dihempas ombak masih kekal ditepian

Aku seakan merinduinya
Merindui saat-saat manis tatkala bersama
Merindui segala sesuatu tentang dia
Derai tawanya,sikap over-protective nya
Sikap cool dalam perasaan amarah
Terasa seperti baru semalam menamatkan perjalanan ini

Janji manis waktu itu tak pernah aku lupa
Masih mengharapkan dia untuk bertanyakan khabarku
Tetapi sebaliknya
Orang yang ditunggu masih diam seribu bahasa
Orang yang dibenci datang tanpa bahasa
Bagaimana itu?

Di dalam kamar ini
Di temani rasa dingin dan rintikan hujan yang turun di luar jendela
Ditemani cahaya komputer riba 
Ditemani oleh lagu romantis yang digemari
Aku tersenyum 
Lucu tatkala mengingatkan bagaimana kami bersama
Entah istilah apa harus aku gunakan
Dirampas atau merampas atau memberi rampas
Aku tergelak kecil
Dalam detik lambat semuanya bermain kembali di fikiran ku

Mungkin ini memang karma
Kerana aku bersalah kepada si A 
Karma will always visit you when the time is come
Entah apalah yang terjadi kepada si dia
CEMBURU?
Ya aku akui masih lagi cemburu
Walaupun sudah sebulan semuanya berlalu
Tapi aku redha
Kerana Yang Maha Esa telah memberikan aku satu lagi nikmat
Iaitu keluarga dan kehidupan baru ku kelak

Alhamdulillah...
Aku melayakkan diri ke universiti
Ya aku akui ia bukan IPTA tetapi IPTS
Di saat umurku 18 tahun aku sudah berhutang 
Seolah-olah aku hutang membeli kenderaan
Tapi aku akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang bagus
Mungkin akan ada lagi rezeki dariNya untuk meringankan beban aku
di masa hadapan
InsyaAllah..

P/S :
Kepada dunia baruku
Berikan aku kekuatan untuk melalui kehidupan baru ini dengan senyuman
Jauhi aku dengan sang pencinta wanita
Kerana aku akan berusaha untuk tidak membuka hatiku untuk mereka
Kelak di masa hadapan semua itu akan mencari aku kembali 
Dengan izinNya
InsyaAllah...