Tipu lah DIA kalau DIA tidak pernah mendengarkan perkataan ini
Mungkin terkadang kita cuba untuk melarikan diri daripada perkataan ini
Tapi apakan daya bila perkataan ini akan hadir sendiri tanpa kita duga.
Kita cuba sedaya upaya untuk melarikan diri daripada terlibat dengan perkataan ini
Kita cuba untuk mengajar diri kita supaya berfikir secara rasional dan ke depan
Ertinya kita haruslah memikirkan masa depan yang belum tentu dapat kita tempuhi
Aku....
Seorang remaja berusia 18tahun, yang cuba belajar untuk mengelakkan diri daripada perkataan ini
Berbagai pasangan perkataan dijodohkan dengan perkataan ini untuk remaja seusia aku
Siapa yang dapat menyangkal kalau dia sendiri tidak pernah melalui perkataan ini ketika usia seperti aku
Ada yang bahagia sehingga ke akhirnya
Ada yang terkandas di tengah jalan
Ada juga yang masih tercari-cari erti sebenar hubungan itu dan perkataan itu
Ya..
C I N T A
Cinta yang telah hadir didalam setiap diri manusia
Tak kira usia
Tak kira rupa
Terkadang aku tertanya
Dimana letaknya erti perkataan ini untuk diriku
Siapa sangka aku sendiri sudah berkali-kali melalui perkataan ini
Mengharungi pahit manis erti perkataan ini
Hubungan yang terjalin atas dasar perkataan ini
Hey..
Walaupun aku berusia 18 tahun
Dan cinta yang aku maksudkan diapit dengan berbagai perkataan lain
Aku akui cinta yang aku lalui sejak berusia 16tahun bukanlah cinta monyet
Jujur aku bahagia dengan kehadiran mereka
Mengajar aku erti kehidupan
Seorang demi seorang akan meninggalkan aku dengan 1001 pengajaran
Mungkin usia seperti aku tak perlu memikirkan soal itu lagi
Tapi waktu aku mengenali perkataan itu
Aku cuma lah seorang remaja yang merasakan kemanisan CINTA BANGKU SEKOLAH a.k.a. CINTA MONYET
Aku akui perpisahan memang memeritkan
Tapi lebih baik itu semua terjadi
Daripada aku harus menjalani CINTA MONYET yang dipaksakan
Benar dan tak bohong
Cinta Monyet yang aku lihat terjalin dibangku sekolah kebanyakkannya ada yang bahagia sehingga ke alam pernikahan
Seperti gadis lain aku juga punyai mimpi dan impian
Ingin menjadi salah satu dari pasangan CINTA MONYET yang kekal sehingga ke alam pernikahan
Tapi ALLAH SWT telah mentakdirkan bahawasanya aku harus melalui CINTA MONYET itu untuk memberikan aku pengalaman dan pengajaran
Kepada MEREKA
Terima kasih aku ucapkan atas singgahnya kalian di hati ini untuk seketika waktu
Aku sakit jujur tapi tidak menyalahkan kalian kerana ini takdir kita
Aku mendoakan kalian bahagia walaupun bukan bersama aku
Kerana aku bahagia melihat kalian bersama pilihan masing-masing
Terima kasih aku ucapkan atas pengajaran dan nasihat yang telah kalian titipkan untuk aku terus menjalani hidupku di masa depan
Kerana sememangnya setiap perpisahan akan ada hikmah yang pasti lebih baik untuk kita berdua...
Ikhlas dari hati...