aku ingat saat itu
saat aku menahan kesakitan
saat aku menahan keperitan
saat aku terbaring kekakuan
saat aku tidur tanpa ketenangan
dan akhirnya aku tewas lagi
aku ingat hari itu
aku menerima berita tentang keadaan aku
aku menerima berita itu dengan air mata
aku menerima berita itu dengan berhadapan dengan kedua mereka
aku menerima berita itu dengan hati yang hancur
dan akhirnya aku menerima berita itu dengan keterbukaan minda dan hati dengan mereka berdua
aku ingat hari-hari itu
hari-hari aku menghitung masa
hari-hari aku yang ditemani si dia
hari-hari aku yang ditemani dengan kasih sayang dan sepenuh perhatian dari si dia
hari-hari aku yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ujian yang harus aku tempuhi
hari-hari aku yang dipenuhi dengan limpahan kasih sayang mereka dan keperhatinan mereka
hari-hari aku yang dipenuhi dengan sokongan dan dorongan dari mereka yang menyayangi aku
hari-hari aku yang dipenuhi senyuman palsu yang aku ukirkan untuk mereka tenang
tapi jauh di sudut hati aku hancur dan pada setiap malam si dia tidur aku menangis mengenang nasib
aku ingat masa itu
masa si dia menahan lapar semata-mata ingin meneman aku menunggu giliran
masa si dia memegang erat tangan aku
masa si dia menyuruh aku tenang kerana itu kali pertama aku mengalaminya
masa si dia menunggu dengan penuh kesabaran sehingga aku tamat semuanya
masa si dia sudah lemah kerana tidak makan tapi masih di situ mengikut aku ke bahagian seterusnya
masa si dia meminta jururawat itu melepaskan jarum itu dari tanganku
masa si dia memegang tangan aku dengan kuat masa aku menangis kesakitan
masa si dia setia bawa aku bersiar selepas aku mengadu kebosanan
masa si dia ajar aku perlahan-lahan berjalan walaupun sakit
masa si dia ajar aku untuk duduk tegak walaupun aku mengalir air mata
masa si dia menitis air mata saat tanda tangannya diperlukan untuk borang itu
masa si dia menahan sebak di dada saat pakar memberitahu risiko
masa si dia melarikan diri ke surau kerana tidak tahan menanggung perih melihat aku melalui dugaan ini
tapi dia masih utuh , masih kuat menemani aku , masih lagi menghantar aku masuk ke dewan bedah
aku ingat setiap saat nadi ku
setiap saat nadi aku menerima ketentuan Ilahi
setiap saat nadi aku berada di atas katil itu
setiap saat nadi aku menjatuhkan air mata atas dugaan itu
setiap saat nadi aku melihat si dia yang sentiasa di sisi aku
setiap saat nadi aku ketika dia meminta aku untuk tidak menyimpan rahsia lagi
setiap saat nadi aku ketika dia meminta aku untuk selalu bersikap jujur dengannya
setiap saat nadi aku ketika melihat wajahnya yang menyesal kerana kesalahan aku
setiap saat nadi aku berada di dalam bilik itu selama 4jam
dan setiap saat nadi aku ketika membukakan mata melihat si dia dan mereka berada di sampingku
akan aku kenang apa yang terjadi pada diri aku
akan aku ingat apa keputusan yang telah aku buat untuk masa depan aku
akan aku ingat si dia dan mereka selamanya dalam diri dan kehidupan aku
akan aku ingat semua yang si dia korbankan
akan aku ingat semua waktu yang telah dia luangkan selama-lamanya
18 tahun mengabadikan hidupnya untuk aku dan mereka
kini aku ingin membuat dia tersenyum
walaupun aku tahu pasti akan menangis lagi
keputusan kali ini akan aku buktikan pada mereka
bahawa kemanjaan yang diberi oleh si dia takkan pernah aku sia-siakan
aku tak tahu apa akan terjadi pada aku jika si dia pergi
aku tak tahu apa akan terjadi pada dia jika si dia pergi
aku tak tahu apa akan terjadi pada mereka jika si dia pergi
dan paling aku tak tahu
apa akan terjadi pada kehidupan kami jika si dia pergi
aku tahu tak kan ada satu pun antara kami yang akan kuat untuk meneruskan hidup
jika akhirnya si dia pergi
kerana.....
dia lah Hawa kami
dia lah tulang rusuk Adam kami
dia lah mama kami
dia lah master woman kami
dia lah queen kami
dia lah ratu pengarang jantung kami
dia lah nafas kami
dia lah kekuatan kami
dia lah asal kami
dia lah segalanya
dia ialah Mama.
aku tidak boleh berjanji
tapi aku hanya ingin Mama tahu
betapa besarnya erti hidupnya untuk hidup aku
I love You mama.
p/s : for my beloved mother. you are my everything and my precious diamond and gold mom.