Tak pernah sekali aku terdetik dalam hati menyesal dgn dunia baru ini. Mungkin kerana aku ingin seperti mereka. Aku tahu sepatutnya aku harus jd diri sendiri. Oleh itu aku mula menjadi diri sendiri. Tak pernah kesah tentang orang lain. Dan masih lagi menjadi diri aku. Permulaan hidupku amat lancar walaupun terkadang aku tidak dapat tepis rasa iri hati. Tapi akhirnya aku berjaya utk membuang perasaan itu. Aku rindu mereka,mereka yang selalu ada di sisi aku. Hmmm aku tahu semuanya tak sama lagi skrg.
Aku bukan tidak bersyukur mempunyai 'mereka' yang baru. Dan aku tahu aku harus sabar dan terus memandang ke depan bukan lagi menoleh ke belakang dan masih lagi menjadi orang yang dulu. Sekarang aku mula belajar utk tidak ambil kesah tentang orang lain. tapi ckup hanya ambil kesah utk diri sendiri. Bukan pentingkan diri aku. tapi aku tak nak hal dulu terjadi lagi kerana akhirnya aku yang akan sengsara dan sakit.
Aku akui aku cemburu tapi aku sedar yang aku tidak boleh memaksa dalam berkawan. Tanpa aku sedari hal dulu terjadi lagi. Lain yang aku harap lain yang aku dapat. Apapun aku akan terus menguji dirinya. Iya,semua masih terlalu awal lagi. Sabar. Step by step. Apa yang penting skrg hanyalah dunia yang akan aku lalui utk 2tahun setengah.
Alhamdulillah,rezeki yang Allah SWT berikan. Dia berikan aku kesempatan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal aku utk menggalas satu tanggungjawab. Walaupun ia tak seberapa,tak sebesar jawatan mereka, aku tetap berbangga dan bahagia dapat membuat mereka yang tercinta berbangga dengan diri aku. Mungkin pada pandangan Senior aku mungkin boleh menggantikan mereka pula satu hari nanti. InsyaAlllah.. :)
Sampai di sini yang aku mampu untuk aku ceritakan.. :)
Adios Amigos...
Salam dari aku..
THE LIL GIRL WORLD