aku tak pernah tahu bila
aku tak pernah tahu yang jelas masanya
tapi yang aku tahu
aku mula melayari buku yang sama
perit..
siapa sangka aku masih lagi duduk di tempat yang sama
mungkin kerana terlalu sakit
aku cuba redha dengan keadaan
tapi siapa sangka amarah dan ego memiliki kemenangan
aku marah pada takdir
aku marah pada keadaan
aku marah pada diri aku sendiri
dan aku juga marah pada kau
seandainya saja aku boleh bersabar
dan berfikiran dewasa
dan seandainya saja kau bertindak bukan kerana desakan dan paksaan dari aku
aku tak nafikan aku rindu
rindu sangat-sangat
tambahan pula
memori kita kekal di tempat ini
aku tak tahu samaada kau dah move on atau tidak
aku juga tak tahu sampai bila semua ini akan berakhir
yang aku tahu
aku sangat merindui kau
aku rindu nak gelak tawa dan mendengar suara kau tiap-tiap malam
aku rindu nak travel dengan kau
tapi aku tahu
your ex will remain be your ex , your memories and your lesson